KHAMIS, 9 DISEMBER – Sempena sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga menawarkan pengurangan bayaran saman sehingga 80 peratus selama 4 hari bermula hari ini.
Dua hari lalu , PDRM mengumumkan bagi saman yang dikeluarkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya pengurangan sehingga 80 peratus, diskaun saman diberikan manakala selain daripada lembah klang diskaun sehingga 70 peratus ditawarkan.
Langkah itu disambut baik orang ramai namun, tular ada yang meluahkan kesukaran membayar saman berdiskaun berkenaan.
Selepas pengumuman tersebut, ramai yang tidak melepaskan peluang malah terkejut dengan diskaun yang diberikan itu yang dianggap cukup berbaloi.
Antara kaunter pengurangan bayaran saman yang dibuka ialah di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 9 Disember hingga 12 Disember 2021 bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang.
Ada yang sudah beratur dari awal pagi untuk tidak melepaskan peluang mendapatkan pengurangan sehingga 80%.
Namun mereka kecewa ketika berada di KLCC berikutan diarah tidak berada di kaunter oleh pihak berkuasa kerana keadaan yang sesak dan tidak terkawal.
Selain itu orang ramai juga berkata tidak dapat mengakses aplikasi my-bayar saman dari awal pagi hari ini, mungkin kerana terlalu ramai cuba menggunakannya.
Bagi mendapatkan TV PERTIWI, Untuk itu kami cuba mendapatkan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, DCP Datuk Wira Mat Kassim mengenai masalah ini.
DCP Datuk Wira Mat Kassim selaku Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman berkata :
“.… tetapi mungkin tak perlulah bersesak sesak…”
Mat Kassim juga menjelaskan, kesemua kaunter trafik di seluruh Malaysia juga boleh membuat pembayaran saman tersebut. Bukan hanya di KLCC sahaja.
Antara nilai pengurangan saman yang ditawarkan adalah seperti berikut. Bagi saman bernilai RM300 , akan dikurangkan kepada RM60 sahaja.
Saman bernilai RM150 pula kini hanya bernilai RM30 sahaja. Dan saman bernilai RM40, dikurangkan kepada RM8 sahaja.
Bagaimanapun, pengurangan tersebut tidak layak bagi beberapa jenis saman seperti saman kemalangan tahun 2021, saman berstatus bicara mahkamah, saman berkait kenderaan lori dan lain-lain jenis lagi.