Oleh Nurlaila Syuhada Zulkifli, Wartawan TV Pertiwi.
KHAMIS, 9 DISEMBER – Peruntukan undang-undang di Selangor khususnya yang mengatakan orang Islam tidak boleh menjual arak harus dihebahkan supaya pemahaman mengenainya diketahui kepada masyarakat bukan Islam di negara ini.
Secara tidak langsung, ia akan membantu pengurusan premis jualan berkenaan untuk menyediakan petugas bukan Islam dalam urusan jual beli barangan bukan halal.
Mohd Faizal sebagai orang awam berkata :
“…Tentang penjualan arak kat Malaysia ni bagi penjualan arak ni perlu ada pemantauan lah dari segi sebab kita dekat Malaysia ni adalah majoriti kita umat islam. Jadi penjualan arak ni perlu dipantau secara berleluasa supaya tidak berlaku macam orang kata orang bukan islam pun boleh beli dan contohnya dan mostly kita tengok arak-arak ni ada dijual di mana mana di kedai-kedai serbaneka dan dimana pekerjanya rata-ratanya orang melayu kita sendiri. Jadi isu ni sebenarnya tentang agama kita tak nak pekerja-pekerja tersebut bersubahat. Jadi bagi saya pihak perlu memantau penjualan arak ni di Malaysia…”
“…Kalau kita tengok majoriti sekarang ni memang banyak contohnya macam 7E, Speedmart sebagaimananya memang kebanyakkan cashier ni adalah orang melayu tempatan macam kita sendirilah dan setiap kedai-kedai tersebut mesti ada jual minuman keras nilah arak nilah. Jadi bagi saya penjualaan ini sepatutnya setiap kedai-kedai tersebut mesti meletakkan seorang pekerja atau manager dia yang bukan islam untuk menghandlekan pembeli arak yang bukan beragama islamlah…”
Mohd Ashraf, orang awam berkata :
“…Larangan tu sangat baguslah untuk menyelamatkan nyawa masyarakat yang lain kan untuk mengelakkan daripada berlaku perkara-perkara tak diingini lah tu memang baguslah saya memang sokonglah…”
Nor Seha sebagai orang awam turut berkata :
“…Pada akak seelok eloknya penjualan arak tu diasingkan lah kan tak masuk pada yang ramai islam kedai orang islam masuklah buatkan satu tempat. Bila bercampur rasa macam tak seronok lah…”