9 Disember 2021 : Bermula hari ini bersempena dengan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia , Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan kadar Diskaun saman sehingga 80% bagi kesalahan-kesalahan tertentu.
Namun ada segelintir netizen yang berasa terkilan dengan sistem MYBayar Saman. Berikutan aplikasi tersebut masih lagi tidak dapat diakses dari awal pagi tadi.
Namun dengan nada sinis netizen memperli aplikasi tersebut dengan mengatakan itu merupakan aplikasi murah.
Selain itu ada juga netizen mengatakan bahawa mungkin disebabkan terlalu ramai, aplikasi tersebut tidak boleh menampung terlalu ramai.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, CP Dato Wira Mat Kasim berkata PDRM menyarankan orang ramai yang gagal mengekses aplikasi itu supaya berbuat demikian selepas waktu puncak. Ia berikutan pembayaran tersebut beroperasi selama 24jam.