
(Datuk Seri Najib Razak melafazkan sumpah laknat buat kali kedua semalam / sumber : sinarharian)
KHAMIS, 9 DISEMBER – Selesai keputusan oleh Hakim Mahkamah Rayuan, barisan Peguambela Datuk Seri Najib mengadakan satu sidang media.
Najib menzahirkan kekecewaannya di atas keputusan pagi tadi dan melafazkan sumpah laknat buat kali kedua, menyatakan beliau tidak bersalah di atas tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana SRC International Sdn Bhd (SRC).
Bekas Perdana Menteri itu juga mengarahkan pasukan pembelaannya mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan secepat mungkin.
Dan merujuk kepada kenyataan hakim bahawa kes ini adalah satu yang memalukan negara ini Najib berkata beliau kecewa dipanggil sedemikian kerana sepanjang kariernya sebagai Perdana Menteri, beliau memfokus dalam mempromosi kepentingan negara.