KHAMIS, 9 DISEMBER – Sementara itu, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Datuk Seri Najib untuk menangguhkan sabitan dan pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta selepas menolak rayuannya untuk mengetepikan tujuh tuduhan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk V Sithambaram membantah permohonan Najib untuk menangguhkan sabitan dengan berhujah bahawa sabitan tidak boleh ditangguhkan.
Bagaimanapun, peguam Tan Sri Muhammad Shafee berhujah, Seksyen 311 Kanun Acara Jenayah menyatakan bahawa perintah dan sabitan boleh dirayu, dengan itu boleh ditangguhkan.
SILA TONTON DI SINI