KHAMIS, 9 DISEMBER – Inisiatif Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat menjadi pemangkin kepada kejayaan pencapaian petunjuk prestasi utama (KPI) semua menteri di bawahnya sebelum tempoh yang disasar.
Bukan mudah bagi beliau memantau 31 menteri dengan 108 petunjuk prestasi utama (KPI) dan 140 sasaran, namun ketegasan kepimpinan yang ditonjolkan beliau dan keperibadian yang menyenangkan ramai menjadikan semua yang dirancang menjadi kenyataan.
Bagi memperincikan lagi mengenai inisiatif ini, di talian bersama dengan kita sekarang, Pakar Geostrategis, Azmi Hassan.
Soalan 1. Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri menyempurnakan 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia , pada pandangan Saudara, kenapa agaknya Perdana Menteri menekankan 100 hari ini dengan menjadikan ia sebagai satu hari yang cukup besar?
Soalan 2. Pada pandangan tuan, apa elemen yang perlu dinilai terhadap semua kementerian yang ada.Kita tahu 100 hari ini amat singkat untuk menilai kredibiliti kabinet itu dan kerja mereka? Ini satu trend di negara lain, namun apa yang rakyat boleh lakukan sekiranya ada dalam kalangan menteri yang masih tidak menepati 100 hari?
Soalan 3. Program ini akan berlansung dari 9 hingga 12 Disember, dan ia diilhamkan oleh Perdana Menteri sendiri, adakah sedikit sebanyak ia akan menjadikan Perdana Menteri ini disenangi rakyat?
SILA IKUTI TEMUBUAL DI SINI