RABU, 8 DISEMBER – Seramai 16,914 bekas pesakit Covid-19 yang discaj dari hospital diberi temujanji untuk mendapatkan rawatan susulan di fasiliti kesihatan bagi pemantauan dan rawatan bagi gejala ‘Long Covid’.
Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia KKM akan terus memantau dan memberi rawatan kepada pesakit ‘long Covid’ yang mempunyai indikasi berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Covid-19 dan memastikan akses perubatan yang mencukupi kepada golongan berkenaan.
Datuk DR Noor Azmi Ghazali selaku Timbalan Menteri Kesihatan 1 berkata :
“…kebanyakan pesakit yg dijangkitan covid-19 akan pulih tetapi sebilangan kecil akan mengalami long covid. Antara langkah-langkah yang dilaksanakan…bekas pesakit covid-19 juga boleh mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan awam secara walk ini…mereka akan dibawa masuk ke hospital untuk rawatan lanjut…”
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Lukanisman Awang Sauni (BN Sibuti) yang bertanya tentang langkah kementerian dalam memastikan bekas pesakit positif Covid-19 yang mengalami ‘long Covid’ mendapat akses perubatan yang mencukupi di seluruh negara serta adakah data mengenai jumlah ‘Long Covid’ melebihi 12 minggu setakat Oktober 2021.
Dalam pada itu, Doktor Noor Azmi menambah, KKM juga telah menggariskan strategi kesiapsiagaan dari segi kelengkapan logistik dan tenaga kerja di semua fasiliti kesihatan bagi memberikan akses perubatan yang mencukupi kepada semua bekas pesakit Covid-19.