RABU, 8 DISEMBER – Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Kelantan masih merekodkan jumlah kemasukan pesakit Covid-19 yang tinggi iaitu lingkungan 100 hngga 200 orang sehari
Menurut Pengarah PKRC Kelantan, Dr Mohd Zurairie Mohd Zubir, ia melibatkan sembilan buah PKRC yang masih beroperasi di seluruh negeri ini.
DR Mohd Zurairie Mohd Zubir sebagai Pengarah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Kelantan berkata :
“Kita masih tidak melonggarkan syarat untuk mereka yang dikuarantinkan di rumah, tetapi kita akui masih ada yang tidak mahu duduk di PKRC sedangkan keadaan mereka perlu di kuarantin di PKRC,”
Memetik laporan Sinar Harian, Doktor Zurairie berkata seramai 200 hingga 300 pesakit sedang menjalani Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah HSO, namun perlu mematuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.
Bagaimanapun katanya, tiada kelonggaran terhadap syarat untuk mereka menjalani kuarantinkan di rumah.
Ujar beliau, kenyakan mereka memberi alasan sudah mendapat dua dos, tiada simptom dan sebagainya.
Beliau turut memberitahu, sehingga kini, seramai 650 pesakit ditempatkan di seluruh PKRC di negeri ini dengan majoritinya adalah daripada pesakit kategori satu dan dua.