RABU, 8 DISEMBER – Sesetengah pasar raya dan kedai runcit di negara ini juga menjual minuman keras selain barangan runcit dan barangan keperluan lain.
Secara sedar, ramai juga orang-orang Islam bekerja di premis berkenaan, dengan hasrat bekerja mencari rezeki.
Namun apakah mereka tahu hak-hak seorang Islam yang mencari rezeki di premis yang turut menjual minuman keras?
TV PERTIWI melakukan tinjauan di beberapa pasar raya, yang cukup dikenali di negara ini dan mendapati rata-rata pekerja mereka ialah golongan remaja Melayu.
Bukan sahaja sebagai pembantu pasar raya mereka juga bertugas di bahagian juruwang yang pastinya terpaksa melakukan transaksi jual beli barangan termasuk arak.
Deretan minuman keras pelbagai jenama juga ditempatkan di peti sejuk berdekatan ruang membayar.
Satu perkara yang amat menyedihkan apabila setiap hari secara rawak anak Melayu beragama Islam perlu melakukan transaksi jual beli arak di kedai tempat mereka bekerja.