RABU, 8 DISEMBER – `Jangan buat transaksi itu – jika tidak saya akan buat laporan polis.
Demikian dinyatakan Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Bangi, Bilal Jailani, kepada seorang juruwang yang sedang melakukan transaksi seorang pelanggan untuk membeli minuman keras di sebuah kedai serbaneka.
Bilal menyatakan di Selangor perbuatan menjual arak adalah satu jenayah syariah, dan sebagai seorang Islam beliau bertanggung jawab untuk mencegah perkara daripada berlaku.
Melalui perkongsian beliau di Facebook, beliau berkata kejadian berlaku apabila dia sedang beratur untuk membuat pembayaran dia menyedari kehadiran seorang warga asing yang menunggu giliran untuk membayar enam tin arak.
Bilal Jailani selaku Yang Dipertua ISMA Bangi berkata :
“Saya pun buat bayaran…saya bertanya kepada juruwang itu adakah dia menguruskan transaksi arak tersebut …..“Saya bagitahu dia, jika awak meneruskan transaksi itu, saya akan rakam dan membuat laporan polis’’
Beliau kemudian memberitahu kepada pelanggan warga asing bahwa adalah salah untuk juruwang terbabit meneruskan jualan kerana dia seorang wanita Islam.
“And then datanglah staff lain…apa kami boleh buat..’’
Selain itu, beliau memberitahu kepada mereka bahawa pihak majikan tidak boleh mengarahkan pekerja Islam melakukan sesuatu kerja yang bercanggah dengan undang-undang negara.
“Majikan tak boleh arahkan staff untuk…muslim tak boleh jual arak…… this non halal things ”
Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan perkara itu kepada pengurus kedai agar transaksi tidak dijalankan dan mereka akan melaporkan perkara ini kepada pihak atasan untuk tindakan selanjutnya.
Saya bagitahu pada warga….. saya bukan nak susahkan saya rasa respons yang diterima agak… peruntukan tu dah ada di setiap negeri.”