RABU, 8 DISEMBER – Dua lelaki yang dipercayai dirakam terbabit dalam aksi lagak marsyal di jalan awam sudah hadir ke Balai Trafik Port Dickson, semalam.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, kedua lelaki berusia 45 dan 49 tahun itu hadir pada pada 12.45 tengah hari dan 2.30 petang untuk memberi keterangan berkaitan video tular di media sosial.
Memetik laporan Harian Metro, Aidi berkata, kedua-dua lelaki termasuk seorang daripadanya bergelar Datuk hadir ke Balai Trafik sejurus mengetahui aksi mereka dirakam dan tular di media sosial.
Polis menahan kedua-dua lelaki yang juga ahli perniagaan dan ejen insurans itu
Dalam pada itu, polis turut menahan dua motosikal berkuasa tinggi dan beberapa barangan yang digunakan kedua-dua marshal berkenaan seperti yang dirakam.
Siasatan lanjut sedang dijalankan secara menyeluruh termasuk jika wujud kesalahan lain.