SELASA, 7 DISEMBER – Sementara itu dalam perkembangan lain, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan Tarikh pada 24 Januari ini bagi memutuskan Ahmad Zahid Hamidi akan dibebaskan atau diperintahkan membela diri.
Zahid Hamidi 69 tahun, didakwa atas 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi.
Hakim Mahkamah tinggi, Collin Lawrence Sequerah menetapkan Tarikh itu bagi mendengar penghujahan kedua-dua pihak di kes akhir pendakwaan.
Proses mendengar hujahan berlangsung selama 24 hari bermula 6 september lalu.
Pasukan pendakwaan berkenaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran, manakala pembelaan terdiri daripada peguam Hisyam Teh Poh Teik dan Hamidi Mohd Noh.