Oleh Asyiha Ariffin, Wartawan TV Pertiwi.
ISNIN, 6 DISEMBER – Sementara itu Felo Penyelidik Utama Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI), Professor Datuk Doktor A Rahman A Jamal tidak menolak risiko varian Omicron dikesan di Malaysia.
Katanya ini memandangkan sebelum ini penjujukan genom penuh yang pernah dilakukan oleh UMBI, di UKM mengesahkan kehadiran varian Delta Plus, juga dikesan menerusi individu yang pulang dari luar negara.
Sehubungan itu kata beliau, saringan COVID-19 ke atas individu yang pulang dari luar negara melalui pintu masuk utama negara perlu diperketatkan lagi.
Prof Datuk DR. A Rahman A Jamal, Felo Penyelidik Utama Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI) berkata :
“…even delta plus itu pun disebabkan travelling jadi kalau kita tidak control sempadan tak saring mereka yg kembali atau pelawat dan memang ada risiko untuk omicron. Jadi makmal sentiasa bersedia bila terima sampel je positif especially yg masuk dekat airport…”
“…secara polisi semua pelancong yg datang atau penduduk Malaysia yg kembali perlu buat swab RT PCR kalau positif kita akan buat genom sequencing dari swab hanya tahu positif dan negatif sahaja tetapi varian tidak dapat diketahui…”
Doktor A Rahman berkata, pemantauan dari surut genomik, akan dilakukan untuk mengenalpasti jenis varian yang dikesan.
Ujar beliau, sekurang-kurangnya lima hari diperlukan bagi mengenal pasti jenis varian itu sebelum dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia KKM dan dikongsikan di laman web Global Initiative on Sharing All Influenza Data (GISAID) bagi memastikan langkah berjaga-jaga dapat diambil oleh setiap negara.
Mengulas lanjut, Doktor A Rahman berkata, agak sukar untuk mengaitkan pembiakan mutasi varian Omicron dengan kadar vaksinasi memandangkan tiada data untuk varian itu setakat ini.
“…kita bukan saja perlu mengenal pasti Omicron ni pun belum cukup data cuma sekarang ia dikategorikan sebagai VOI dimana ramai yang interested sama ada kebolehjangkitan 10 kali atau 2 kali daripada Delta Plus, atau Delta kita belum tahu belum cukup data lagi tapi dengan kajian yg akan dilakukan oleh semua negara kita boleh dapat tahu. Kalau betul nak buat analisis based on vaksinasi boleh tapi agak sukar untuk mengaitkannya…”
SILA TONTON DI SINI