ISNIN, 6 DISEMBER – Kenaikan harga sayur melonjak naik, rakyat dan peniaga sayur merasa terhimpit dan ada yang berkira-kira untuk membeli sayur kerana dianggap harga tidak masuk akal.
Selain rantaian bekalan, kesukaran tenaga kerja kerana kekangan Covid-19 juga menyumbang kepada kesukaran bekalan dipasarkan.
Tidak terkecuali ada manipulasi daripada pengeluar dan pemborong, justeru itu TV Pertiwi cuba mendapatkan pandangan daripada gabungan pekebun sayur berhubung kenaikan makanan itu.
Pihak kami menghubungi Persekutuan Persatuan-Persatuan Pekebun-Pekebun Sayur-Sayuran Malaysia, namun mereka enggan mengulas lanjut dengan alasan ada mesyuarat penting untuk dihadiri.
Bagaimanapun ketika diminta mengulas lebih lanjut mengapa kenaikan harga sayur berlaku, soalan tersebut enggan dijawab.
Pada 2 Disember, Pakar Ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, berkata kenaikan harga barang mungkin berlaku disebabkan permainan di antara pihak pemborong atau pengeluar.
Kami akan menghubungi pihak berkenaan sekali lagi dalam masa terdeka