ISNIN, 6 DISEMBER – 3 Disember merupakan tarikh yang diisytiharkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai hari batik Malaysia.
Menyambut baik perisytiharan ini Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mengadakan sambutan Hari Batik Malaysia.
Ia bertujuan unutk meningkatkan kesedaran dan memelihara keindahan warisan seni kraf sekali gus dapat memastikan kelestarian industri kraf negara.
Sempena Program Komuniti Kraf Keluarga Malaysia yang berlangsung dari 1 hingga 6 Disember ini, Pengisytiharan Hari Batik Malaysia juga bertujuan memartabat dan memperkasakan industri Batik Malaysia selain menyemarakkan pemakaian dan penggunaannya di kalangan Keluarga Malaysia.
Datuk Seri DR. Santhara J.P, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya berkata :
“…sesungguhnya, usahawan dan komuniti kraf batik merupakan golongan yang memperolehi manfaat dengan Perisytiharan Hari Batik Malaysia ini. Ia diharap dapat memberi suntikan semangat dalam melahirkan lebih ramai usahawan dan komuniti batik yang kreatif dan inovatiff…”
Dalam pada itu, pemenang anugerah Adiguru turut berkongsi berkenaan hasil tangan mereka dan amat bersyukur kerana warisan yang dihasilkan mendapat perhatian dan perhargaan dari pihak Kraftangan Malaysia.
Noraini Binti Jusoh, Penerima Anugerah Adiguru pula berkata :
“…saya mengusahakan kraf atap singgora pembuatan atap-atap yang digunakan oleh rumah-rumah lama tetapi permintaan agak meluas untuk resort, rumah rehat untuk pagola ataupun gazebo mana-mana peminat yang minat dengan warisan…”
“…saya ni terlibat dengan usahawan bata atap singgora ni dari kecik kerana kami dibesarkan dalam industri tapi hok berkecimpung tu nya selepas sekolah lah. Tahun 83 kak Ani SPM lepastu kak Ani teruskan sampai sekarang. Sekarang ni disebabkan arwah mak meninggal ayah meninggal kak Ani handlelah dengan adik beradik sekarang ni. Alhamdulillah syukurlah…”
Saidi Bin Basal @ Basar sebagai Penerima Anugerah Adiguru berkata :
“…saya mula buat tu memang lama saya benar-benar kepada kraftangan tahun 90 sampailah sekarang ini. Jadi sekarang mula mula pencapaian aku dapat itu anugerah sukamulong dari sekali dalam 2015 jadi terus dia lantik jadi hari ,Adiguru tahun 2021…”
Komuniti kraf tekstil batik yang kini ada di seluruh negeri merupakan antara usaha menerusi Kraftangan Malaysia di bawah inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).
Ia dilihat sebagai usaha membantu komuniti kraf batik dalam meningkatkan kemahiran dalam penghasilan dan pengeluaran serta pemasaran produk kraf.