ISNIN, 6 DISEMBER – Kadar kebolehjangkitan R-naught (Rt) Covid-19 di Malaysia setakat semalam adalah 0.98.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, empat negeri merekodkan kadar RT melebihi 1.0.
Menurutnya, Perlis merekodkan RT tertinggi dengan 1.12 diikuti Melaka 1.04, Perak (1.01) dan Kedah (1.0). Sarawak pula menjadi negeri yang merekodkan kadar RT terendah dengan 0.72.
Bagi negeri lain, kadar RT masih berada antara 0.93 hingga 0.99.
Sementara itu, perkongsian KKM hari ini daripada laman web covidnow.moh.gov.my menunjukkan kadar penggunaan alat bantuan pernafasan bagi kes Covid-19 di seluruh negara adalah 42.3 peratus.
Dalam perkongsian data itu juga, kadar penggunaan unit rawatan rapi (ICU) pula 61.3 peratus.