ISNIN, 6 DISEMBER – Sekurang-kurangnya dua maut dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai ke Cameron Highlands pada jam 1:30 tengah hari jumaat lalu.
Dua kenderaan terperangkap apabila tanah runuth berlaku di FT185 jalan simpang pulai dan lembah biru membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna dan lori.
Tanah runtuh itu berlaku sejauh 100 meter pada kedua-dua bahagian jalan, mengakibatkan kesesakan dan kenderaan di kedua dua hala tersekat.
Dipercayai 10 jam diambil bagi mengeluarkan mangsa, Muhammad Hafiz Hamdi, pemandu lori dan juga Tan Chee Heng, pemandu MPV berkenaan.
Ketua polis perak, Mior Faridalathrash Wahid berkata pemandu lori dalam perjalanan ke simpang pulai ke Cameron highlands. Manakala pemandu mpv dari gua musang ke pulau pinang.
Muhammad Hafiz Hamdi dikatakan ke Cameron highland kerana mengambil bekalan sayur sayuran. Adiknya berkata dia cuba menghubungi Hafiz namun tidak berjawab. Jenazah Hafiz disemadikan di kampung beliau di Parit Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak.
Menurut nst, operasi mencari dan menyelamat bakal dihentikan sekiranya tiada petunjuk baharu.
Authorities said the search and rescue (SAR) operation at KM27.10 of Jalan Simpang Pulai-Blue Valley in Cameron Highlands where a deadly landslide took place yesterday could be called off today if there are no new indicators.
Pembantu pengarah jabatan bomba dan penyelamat perak Muhammad Sharizal Aris berkata operasi SAR di mulakan pagi tadi setelah ditangguh awal pagi jumaat lalu.