![](https://tvpertiwi.com/wp-content/uploads/2021/12/OPS-Bersepadu-1-300x225.jpg)
(Operasi Khas Pemandu Warga Asing (Ops PeWA) )
Oleh Haffiz Aziz, Wartawan TV Pertiwi.
JUMAAT, 3 DISEMBER – Seramai 29 warga asing ditahan dan 25 kenderaan disita dalam Operasi Khas Pemandu Warga Asing (Ops PeWA) di sini pada Khamis.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur, Mohd Zaki Ismail berkata, risikan di beberapa lokasi mendapati pelbagai kesalahan dilakukan oleh pemandu warga asing terutama tidak memiliki lesen memandu.
Menurut beliau, sebanyak 144 notis saman dikeluarkan dan diambil tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan.
Mohd Zaki Bin Ismail sebagai Pengarah JPJ WPKL berkata :
“.…. pada hari ini kita telah mengenal pasti, kesalahan yang telah dilakukan oleh pihak warg asing…… larangan bagi kenderaan kenderaan motor kaedah kaedah yang ini pengubah suaian yang tidak dibenarkan dan juga tiada perlindungan insuran dibawah sekyen 91 iaitu pembawa kenderaan motor hendaklah terhadap risiko pihak ketiga”
Beliau berkata, kebanyakan kenderaan yang dipandu oleh warga asing merupakan milik warga tempatan.
Mohd Zaki memaklumkan tindakan penguatkuasaan berterusan akan terus dilaksanakan bagi mengenal pasti pengguna jalan raya yang gagal mematuhi undang-undang yang ditetapkan.