Pihak Berkuasa Digesa Kaji Harga Bahan Mentah Makanan Ternakan

(Foto hiasan/ sumber : bebasnews)
(Foto hiasan/ sumber : bebasnews)

JUMAAT, 3 DISEMBER – Harga makanan ternakan kini dikatakan mengalami kenaikan melampau, kerana mengalami tiga kali kenaikan dalam tempoh setahun.

Setiausaha GTRzs Zon Selatan, Abdul Razak Md Rashid berkata jika tidak dikaji kemungkinan harga daging segar akan mencapai sehingga RM50 ringgit sekilogram.

Keadaan ini berlaku katanya, kerana kenaikan bahan mentah makanan ruminan yang sangat ketara dan terpaksa ditanggung penternak.

Harga dedak dan molases sejenis gula untuk ruminan juga meningkat.

Sehubungan itu beliau tidak menolak bahawa harga daging segar akan menaik menjelang hari raya puasa nanti.

Keadaan yang dilalui kini oleh penternak katanya harus difahami oleh pengguna kerana sebagai penternak mereka juga memahami kenaikan yang tidak boleh dilakukan bagi pihak penternak.

Kerajaan diharap dapat memantau kenaikan harga bahan mentah makanan haiwan ternakan dan bukan sahaja memantau harga di peringkat jualan sahaja.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kerajaan Rasmi Program Jualan Keluarga

Next Post

Pemborong Dan Pengeluar Manipulasi Harga Barang?

Related Posts