JUMAAT, 3 DISEMBER – Walaupun penularan COVID-19 sejak tahun lalu menyebabkan penganjuran pertandingan sukan di peringkat sekolah ditangguhkan dan terpaksa diadakan secara dalam talian namun ia masih boleh diadakan.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin penganjuran pertandingan sukan boleh diadakan bagi memberi peluang kepada murid menonjolkan bakat sukan mereka walaupun berada di rumah.
Beliau berkata, Covid-19 tidak menjadi penghalang kepada guru untuk menjadi lebih kreatif dan memanfaatkan sepenuhnya penggunaan teknologi bagi meneruskan pembelajaran termasuk menggilap potensi murid dalam bidang sukan.
Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Sukan Kementerian Pendidik (KPM) Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) MILO 2019, yang diadakan dalam talian, pagi tadi.
Pertandingan Kemahiran Sukan MSSM Secara Dalam Talian 2021 turut dianjurkan secara dalam talian dan disertai seramai 46,269 peserta.