Kes Pertama Varian Berbahaya Omicron Dikesan Di Malaysia

(Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin)
(Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin)

JUMAAT, 3 DISEMBER – Varian yang dibimbangi, Omicron telah memasuki negara. Penemuan itu disahkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, pada sidang media hari ini.

Katanya, ia membabitkan seorang pelajar bukan warganegara yang mempunyai rekod perjalanan dari Afrika Selatan.

Beliau berkata pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh berusia 19 tahun itu, tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November lalu dan menjalani ujian Rt PCR setibanya di KLIA.

Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Kesihatan berkata :

“Hasil daripada ujian PCR…. Dan tidak membenarkan waeganegara daripada negara tertentu masuk.

Tambahnya, susulan ujian itu, pelajar terbabit diperintah menjalani pengawasan dan pemerhatian mengikut Seksyen 15, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) dan menjalani kuarantin wajib di penginapan yang disediakan oleh pihak universiti di Ipoh.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Langkah Kekang Penularan COVID-19 Di Peringkat Sekolah

Next Post

Perketat Kawalan Pintu Masuk Antarabangsa, Elak Varian Omicron

Related Posts