JUMAAT, 3 DISEMBER – barangan makanan harian dan sayur-sayuran harga racun serangga juga mengalami peningkatan sehingga 199 peratus, iaitu daripada RM66 kepada RM197. 50 sen diikuti harga racun kulat naik 20.77 peratus dan racun siput hampir 20 peratus,
Peningkatan harga racun rumpai itu dijelaskan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee di parlimen.
Bagaimanapun katanya, kenaikan harga itu di luar kawalan pihaknya berikutan peningkatan harga pasaran dunia, sekali gus memberi kesan langsung kepada pengeluaran ditanggung petani.
Datuk Seri DR Ronald Kiandee sebagai Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata :
“Memang benar kenaikan yang ketara dan real yang berlaku disebabkan harga pasaran dunia di laur kawalan MAFI….melalui baja kimia kepada kepada baja organik.”
katanya antara langkah dan inisiatif tersebut adalah menggalakkan penggunaan sisa bahan pertanian seperti baja organik dan jerami padi serta penggunaan cacing sebagai agen kompos sisa pertanian.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN Baling) mengenai langkah alternatif mengurangkan dan usaha jangka panjang menghapuskan penggunaan racun sintetik tanpa menjejaskan produktiviti, malah hasil pengeluaran dapat ditingkatkan.