KHAMIS, 2 DISEMBER – Tiada waran tangkap dikeluarkan oleh mahkamah bagi menahan Datin Seri Rosmah Mansor selepas beliau gagal menghadiri prosiding rayuan hari ini.
Bagaimanapun Rosmah diperintahkan oleh tiga hakim panel diketuai Datuk Hanipah Fari-kullah, Datuk M Gunalan dan Datuk Hashim Hamzah untuk hadir ke mahkamah pada Isnin ini bagi mengikuti prosiding rayuan.
Hanipah berkata panel membuat keputusan untuk memberi budi bicara bagi Rosmah kerana tidak pernah gagal menghadirkan diri dalam prosiding sebelum ini.
Rosmah membuat permohonan rayuan terhadap keputusan mahkamah tinggi yang menolak permohonan untuk membatalkan perbicaraan kes rasuahnya.
Kes berkenaan membabitkan projek tenaga solar dan menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada mengetuai pendakwaan dalam kes terbabit.
Sebelum ini, peguam Rosmah, Datuk Jagjit Sing yang mewakilkan Rosmah memaklumkan anak guamnya masih berada di Singapura.
Mahkamah Tinggi sebelum ini memberi kebenaran kepada Rosmah ke Singapura bagi melawat anak perempuanya dari 22 oktober sehingga 21 november 2021.