KHAMIS, 2 DISEMBER – Pemimpin keluarga yang baik pasti tidak akan merasa tergugat dengan kemajuan sang isteri, apatah lagi menyekat minat dan peluang isteri untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Itu salah satu faktor kejayaan kepada dua graduan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), yang menerima ijazah kedoktoran dan anugerah khas di Majlis Konvokesyen institut itu hari ini.
Sekilas pandang tiada siapa menduga disebalik jubah konvokesyen yang disarung, graduan Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Sumber Manusia ini rupanya sedang menantikan kelahiran bayinya.
Siti Zahidah Mu’al yang juga menerima anugerah Datuk Menteri Besar Selangor dalam konvokesyen kali ini berkata sokongan dan kefahaman suaminya adalah salah satu faktor kejayaannya hari ini.
Siti Zahidah Mu’al berkata, “ok bagi saya kita sendiri apa yang kita nak, kita mesti bertanggungjawab….insyaAllah mereka akan faham”
Perkara sama dialami oleh Doktor Suriani Sudi. Ijazah doktor falsafah Islamiyyat yang diterima hari ini tidak mungkin dicapai jika suaminya tidak mendorongnya untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana di Universiti Malaya.
Walaupun pengajian nya sedikit kadangkala memberi kesan kepada urusan rumahtangga nya, galakan suami terhadap minatnya itu tidak pernah berkurang
Suriani Sudi berkata, “perlu belajar, menulis, buat kajian. Sebab phd dia lain sikit… itu harapan saya kepada wanita-wanita di luar sana.”
Dalam pada itu, kejayaan seorang lagi graduan yang menerima Anugerah Kepimpinan Siswa hari ini sangat bermakna baginya, apabila isterinya yang sedang mengandung 8 bulan juga bakal bergraduasi dalam sidang yang berlainan.
Selain itu, antara anugerah-anugerah lain dalam konvokesyen ini termasuklah Anugerah Diraja Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Anugerah EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Anugerah Rektor, dan Anugerah Kepimpinan Siswi.
SILA TONTON DI SINI