KHAMIS, 2 DISEMBER – Seramai 73 pelajar dan dua guru di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya disahkan positif covid-19.
Menteri kanan Pendidikan, Datuk Doktor Radzi Jidin berkata daripada jumlah itu seramai 65 pelajar telah dipindahkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang.
Datuk DR Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan berkata :
“….. maka pihak pkd telah adakan saringan kontak rapat kepada lebih 200 orang murid pada hari ini. 65 orang daripada positif, 65 dibawa ke maeps untuk pemantauan…”
Radzi berkata demikian selepas mengadakan tinjauan di sekolah itu semalam bagi meninjau situasi semasa.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai jangkitan covid-19 dalam kalangan pelajar sekolah berkenaan dan menimbulkan kegusaran ibu bapa.
Ibu bapa pelajar kemudian membuat desakan agar ujian saringan terhadap pelajar dilakukan segera agar pelajar yang negatif boleh dibawa pulang, namun pelajar yang menjadi kontak rapat perlu dikuarantin.