RABU, 1 DISEMBER – Pandemik COVID-19 akan kekal untuk tempoh yang lebih lama dengan penularan varian baharu di beberapa negara. Malaysia tidak terkecuali, walaupun pelbagai langkah diambil bagi membendung wabak itu.
Menurut laporan Berita Harian, penularan wabak COVID-19 masih tidak dapat diputuskan dan beberapa negara kembali mengenakan sekatan, susulan penularan virus itu tidak dapat dikawal.
Tempoh endemik COVID-19 diharapkan menjadi pengakhiran bagi wabak itu dengan virus pembawa COVID-19, iaitu SARS-CoV-2 akan terus berada dalam masyarakat dan tidak dapat dihapuskan sepenuhnya.
Di Kelantan, pandemik itu lebih tinggi berbanding negeri-negeri lain ekoran beberapa faktor utama, iaitu faktor masyarakat seperti kadar vaksinasi yang masih rendah dan pengabaian kepada pematuhan tatacara pengendalian piawai (S-O-P) yang ditetapkan.
Selain itu, pandemik COVID-19 turut meninggalkan kesan yang mendalam kepada psikologi manusia, terutama terhadap kesihatan mental yang dijangka akan berpanjangan dalam tempoh yang lama.