RABU, 1 DISEMBER – Kebelakangan ini harga beberapa barangan asas seperti sayur, ayam berlaku peningkatan harga, dan terbaharu laporan media menyatakan harga ais dijangka akan berlaku peningkatan.
Lantaran itu kerajaan hari ini menegur segelintir syarikat-syarikat pengeluar ais menaikkan harga sedangkan kadar tarif utiliti tidak dinaikan kerajaan.
Kadar kenaikkan itu adalah sebanyak 50 sebungkus ekoran penanggungan kos penyelenggaraan lori dan plastik yang mengalami perubahan harga.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegur tindakan syarikat yang menaikkan harga ais dan menyifatkan adalah tidak wajar.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri berkata :
“…Harga ais tak patut naiklah. Kita beri air yang murah di Malaysia ni elektrik pun tak naik harga . kalau kilang batu nak naikan harga tak ada sebab . elektrik tak naik harga, elektrik naik harga kerana TNB naikan tarif betulah . tak ada alasan. Takda alasan. Saya dah beritahu kepada KPDNHEP. Kita taknak dengar alasan semta-mata tapi KPDNHEP mesti membuat kajian.”
Beliau berkata demikian ketika melakukan tinjauan harga barangan di MY Farm Outlet Kasih Presint 9 hari ini
Semalam TV Pertiwi menghubungi pembekal ais di Kelantan, dan pembekal berkenaan turut menjangkakan harga ais akan mengalami peningkatan harga. Sementara itu, Ismail Sabri turut mengakui tentang peningkatan harga barang asas seperti ikan dan ayam meningkat.
Beliau berkata, perbincangan bersama Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee, akan mengimport ayam beku import yang jauh lebih murah berbanding ayam tempatan.
Ujar beliau kenaikan harga ayam sehingga mencecah RM9.50 sekilogram menimbulkan kemarahan rakyat malah membebankan.