RABU, 1 DISEMBER – Istilah ‘Tanah Besar Malaysia’ tidak pernah digunakan dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sedia ada.
Demikian ditegaskan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Hanifah Hajar Taib.
Bagaimanapun, katanya, di bawah undang-undang sedia ada, terdapat beberapa istilah yang digunakan seperti ‘East Malaysia’ dan ‘Peninsular Malaysia’ yang ditakrifkan di bawah Seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 (Akta 388).
“.…berdasarkan semkan undang-undang …..and the federal territory of kuala lumpur and putrajaya …”
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Seri Madius Tangau (UPKO-Tuaran) yang ingin tahu adakah kerajaan bercadang untuk menjenamakan Wilayah Sabah dan Wilayah Sarawak sebagai Tanah Besar Malaysia memandangkan ‘Federation of Malaya’ sudah sekian lama dinamakan sebagai Semenanjung Malaysia.
Mengulas lanjut, Hanifah Hajar berkata, kerajaan berpandangan istilah sedia ada dalam undang-undang adalah memadai.