Perkenal Harga Lantai Elak Petani Rugi Lambakan Tanaman

(Amy Ashraff, Pengasas Malaysian Agropreneur Network / sumber : TV Pertiwi)
(Amy Ashraff, Pengasas Malaysian Agropreneur Network / sumber : TV Pertiwi)

RABU, 1 DISEMBER – Harga lantai perlu diperkenalkan bagi melindungi hasil tanaman golongan petani, termasuk mengelakkan lambakan hasil yang diusahakan.

Malah, tindakan itu sekaligus dapat mengurangkan risiko kerugian besar kepada golongan petani. Pengasas Malaysian Agropreneur Network, Amy Ashraff yakin harga lantai menjadi keperluan utama dan perlu dilaksanakan segera supaya tidak berlaku isu manipulasi harga.

Amy Ashraff selaku Pengasas Malaysian Agropreneur Network berkata : 

“…adalah sangat penting untuk perkukuhkan food security negara kita…pada masa sama dengan adanya harga lantai ini kita boleh mengurangkan manipulasi middle man yg tidak bertanggung jawab memberikan harga yg tidak berpatutan kepada rakyat malaysia…”

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel program Dimensi yang bertajuk Barang Asasi Semakin Mahal, Apa Solusi? yang disiarkan secara langsung di TV Pertiwi, malam tadi.

Mengulas lanjut, Amy tidak menafikan berlaku pertindihan tugas antara agensi kerajaan sehingga menyebabkan berlakunya kekalutan dalam penetapan harga.

Justeru, kerajaan perlu meneliti semula supaya tidak mengganggu tugas di peringkat dasar dan menjejaskan agenda baharu dalam usaha melestarikan produk pertanian.

Dalam pada it, Naib Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Amir Hamzah berkata, pembeli disarankan membeli terus daripada pengeluar bagi menyelesaikan sekurangnya 50 peratus permasalahan harga barangan.

Amirhamzah Karim sebagai  Naib Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia berkata, “…jadi apakah solusi yg kita ada…jadi kita boleh lihat penyelsaian 50 peratus permasalahan ini…”

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sabah Sarawak Bukan Tanah Besar Malaysia

Next Post

Teguran Perdana Menteri Terhadap Kenaikan Harga Barangan

Related Posts