
(Tinjauan harga ais meningkat oleh wartawan TV Pertiwi / sumber : TV Pertiwi)
Oleh wartawan TV Pertiwi, Ezzati Asyiqin Solleh.
RABU, 1 DISEMBER – Desas desus kenaikan harga ais itu juga diketahui oleh beberapa peniaga. Namuan jumlah kenaikan tidak diketahui.
Tinjauan TV Pertiwi di sekitar Bandar Baru Bangi menemu bual peniaga air rata-rata menyuarakan kebimbangan dan mungkin akan menaikkan harga barangan jualan jika keadaan mendesak.
Hafizduddin Joaffandi sebagai Peniaga berkata :
“…Kalau macam kami ni sebagai peniaga air kalau ais naik memang akan impaklah walaupun 50 sen tapi sehari kitaorang tak amik satu kitaorang amik banyak macam ada certain peniaga air dia ada dua tiga stall so sehari dia amik banyak satu pek 50 sen pun boleh effect kita punya sale apa semua our margin berkurang pastu kalau bab nak naikkan harga air tu rasanya depends la selagi boleh absorb kita absorb kurangkan margin tapi kalau dah sampai tahap memang kena naikkan terpaksalah..”
Hakim Jamaluddin, peniaga berkata, “…Bakal bebankan sebab so kita akan naikkan jugaklah harga air. Sebab ais pakai banyak kan”.
Mira Azila sebagai peniaga berkata, “..takda tak terjejas and maybe harga pun jualan macam biasa, even ais batu harga naik”.
Ezzati Asyiqin Solleh, wartawan melaporkan bahawa “.. kebelakangan ini harga barangan asas seperti sayur, ayam dan beberapa barangan lain didapati harganya meningkat”.
Terbaharu, harga ais juga dikhabarkan bakal meningkat kepada RM0.50 sen bag satu paket.
Justeru apa solusi untuk peniaga dan juga pembeli jika harga ini terus meningkat naik.
SILA TONTON DI SINI