RABU, 1 DISEMBER – Kesan kenaikan harga barang sangat memberi kesan khususnya kepada peniaga mikro dan golongan B40.
Menurut Timbalan Pengarah Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu, Universiti Malaya, Profesor Madya Doktor Aida Idris, sekiranya faktor-faktor kenaikan harga barang dapat diatasi ia mampu menyelesaikan pelbagai masalah termasuk isu kenaikan harga barang.
Prof Madya Dr Aida Idris, Timbalan Pengarah Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu, UM berkata :
“Peniaga Bumiputera khususnya memang sangat terkesan kerana seperti yang kita tahu peniaga bumiputera ni dia kebanyakkan berada dalam pengusaha dan usahawan mikro apabila kita berniaga kalau kita ada skala ekonomi atau economy of skill kerana saiz ekonomi ini sangat kecil setiap pergerakan dalam harga barang ada kenaikan setiap kenaikan barang tu walaupun sedikit kesannya akan terasa lebih berbanding syarikat lebih besar yang mempunyai skala ekonomi.Salah satu cara bumiputera boleh menangani masalah ini ialah untuk mengawal rantaian bekala itu sendiri atau supply chain.”
Tambah Dr Aida, antara faktor kenaikan harga barang adalah faktor persekitaran, tenaga kerja dan logistik yang melibatkan rantaian bekalan.
Sehubungan itu beliau menyarankan agar tenaga kerja tempatan dimanfaatkan dengan mewujudkan projek-projek pertanian setempat selain tidak terlalu bergantung pada logistik bagi jarak jauh untuk menghantar bekalan.
“kalau kita boleh selesaikan punca-punca itu maka kita boleh kawallah kenaikan harga tu mungkin faktor persekitaran ataupun alam semulajadi seperti banjir itu susah kita nak kawal tapi faktor seperti tenaga asing kalau kita boleh selesaikan tenaga buruh tak kisahlah samada tempatan atau asing bukan maksud saya mesti kita nak kena bawa tenaga buruh dari luar tidak. kena aktifkan pertanian atau projek tanaman sayuran ayam dan sebagainya dalam kalangan komuniti sendiri itu juga dalam negeri Johor ada projek setempat dalam komuniti itu sendiri supaya bekalan tu boleh didapati dalam komuniti sendiri dan tidak terlalu bergantung pada logistik jangka panjang jarak jauh ini.”
Sebelum ini media melaporkan Rakyat negara ini perlu bersedia berdepan dengan kenaikan harga barang yang dijangka antara 30 hingga 200 peratus menjelang 2022.
Kenaikan itu dipercayai ekoran fenomena global dan spekulasi peniaga selain negara masih bergantung kepada aktiviti import untuk menampung keperluan domestik.