RABU, 1 DISEMBER – Setelah harga ayam dan sayur meningkat, kini harga ais pula dijangka meningkat.
Menurut pengusaha kilang Tawakal Ice, Mohamad Fadzli Mad Noor berkata, harga ais dijangka akan meningkat sekitar RM0.50 sen bagi setiap satu beg ekoran peningkatan kos barangan seperti bag plastik.
Fadzli berkata, pihaknya tiada pilihan lain selain menaikkan harga ais berikutan harga barang seperti bag plastik yang digunakan untuk membungkus ais turut mengalami kenaikan harga selain kenaikan kos penyelengaraan lori dan mesin pengeluar ais.
Mohd Fadzli Md Noor sebagai Pengusaha Tawakal Ice berkata :
“…sekarang kos plastik dulu boleh beli dengan harga RM180 sekarang RM250. Kalau dulu plastik yg digunakan tidak ada cop pengeluar namun akan datang pihak berkuasa mahu pengeluar sertakan nama dan detail mengenai kilang di plastik bag dan juga kos penyelenggaraan lori. Jadi kalau stay dengan harga yang sama kami akan rugi…”
Fadzli yang menjalankan perniagaan ais ketul hampir tiga tahun di Pasir Mas, Kelantan juga berkata, selain daripada saingan daripada pengeluar-pengeluar kilang ais yang lain, peningkatan kos elektrik juga akan menjadi faktor kenaikan harga ais.
Justeru katanya, kenaikan harga ais sekitar RM0.50 sen amat berpatutan bagi pihak pengilang.
Tambah beliau, Pengusaha Tawakal Ice ini berkata :
“…Jadi untuk khabar angin yg katakan naik 50 sen tu sepatutnya akan naik sebab kalau tarif elektrik naik maka harga ais juga akan naik macam manapun…”
Menurutnya, selaku pengilang, Tawakal Ice menjual sekitar RM1.50 satu plastik kepada pihak pemborong. Bagaimanapun katanya, pihak persatuan masih mengadakan perbincangan bagi menaikkan harga ais itu.