SELASA, 30 NOVEMBER – Walaupun sudah hidup puluhan tahun dalam negara, tapi sayangnya tidak boleh berasimilasi dengan budaya tempatan dan identiti nasional negara.
Ketua Penerangan Parti BERJASA Hazwan Mohamad menyifatkan tindakan pemimpin DAP dan Sha Dong Zong yang menolak papan tanda tulisan Jawi di sebuah SJKC sebagai tidak menyokong bahasa kebangsaan dan tidak menghormati tulisan jawi.
Hazwan Mohamad sebagai Ketua Penerangan Parti BERJASA berkata :
“Saya merasakan ini membuktikan satu indicator bahawa mereka ini adalah golongan tidak boleh terima asimilasi sudah berpuluh tahun kita merdeka yang mana kita semua akui bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, tulisannya adalah tulisan jawi namun apabila kita nak mengaplikasikan apa yang kita terima melalui perlembagaan persekutuan apa yang kita terima melalui dasar-dasar negara ia tidak boleh berjalan dengan baik kerana wujudnya pemimpin yang sedemikian rupa yang tidak faham apakah sebenarnya yang mereka mahu apabila duduk dalam sebuah negara yang berbilang bangsa.”
Tegas Hazwan, mana-mana parti berasaskan kaum perlu menghormati identiti nasional negara ini dan tidak perlu mempertikaikan ia sama sekali.
“Saya kira pimpinan DAP dan mana-aman parti yang berasaskan kaum pun sudah-sudahlah dan cukup-cukuplah terimalah kenyataan bahawa tanah air ini ada identiti nasional tersendiri apabila kita bercakap tentang identiti nasional bila kita pergi negara cina kita faham bahawa Bahasa kebangsaan mereka adalah Bahasa cina di India umpamanya hatta di mana-mana negara pun di sebelah negara Indonesia pun tiada masalah dalam memartabatkan penggunaan Bahasa kebangsaan.”