SELASA, 30 NOVEMBER – Rakyat diingatkan agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk disaran mengambil dos penggalak Covid-19 susulan varian baharu Omicron semakin menghampiri negara ketika ini.
Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, ini kerana varian baharu yang ditemui di Afrika Selatan itu telah memasuki Hong Kong.
“Kerajaan hari ini sangat prihatin dan telah memulakan langkah kawalan ketata dengan tidak membenarkan individu daripada kawasan tertentu yang ada jangkitan Omicron ini datang ke Malaysia.”
– Datuk DR Noor Azmi Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan 1
Menurutnya, kerajaan hari ini sangat prihatin dan telah memulakan langkah kawalan ketat dengan tidak membenarkan individu daripada kawasan tertentu yang ada jangkitan Omicron ini datang ke Malaysia.
Selain itu, beliau berkata mereka yang datang akan dibuat ujian calitan dan akan dikuarantin selama 14 hari.
Mengulas lanjut, Azmi berkata dos penggalak sangat penting kerana ujian menunjukkan setelah 6 bulan imuniti berkurangan dan kajian di luar negara turut menunjukkan dengan adanya dos penggalak ia meningkatkan imuniti.
Sebanyak 4,087 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam yang lalu dengan menunjukkan sedikit penurunan berbanding semalam yang merekodkan sejumlah 4,239 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, jumlah kes baharu itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara adalah sebanyak 2,627,903 kes. Untuk pecahan kes mengikut negeri akan dimuatnaik menerusi laman web covid now selepas tengah mala semalam.