SELASA, 30 NOVEMBER – Kenaikan harga barang menghangatkan sesi dewan parlimen hari ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna KPDNHEP diserang bertubi-tubi di dalam parlimen.
Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, juga bukan sahaja ditanya harga barang, tetapi, juga didesak meletak jawatan sekiranya gagal menyelesaikan kenaikan harga yang melanda kini.
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna KPDNHEP berkata :
“…yang berhormat saya tak nak berpolitik…biar saya jawab. Saya menyambut baik saranan Bagan untuk tidak menganiaya peniaga…semuanya diluar KPDNHEP…”
Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng, yang mahu mengetahui sama ada Menteri KPDNHEP akan bertanggungjawab terhadap kenyataannya bahawa isu harga barang akan selesai dalam seminggu dua lagi.
Sementara itu Beliau berkata tidak mahu tergesa-gesa mengenakan sekatan harga maksimum kerana di bimbangi akan memberi kesan kepada peniaga.
Tambahnya persoalan kenaikan harga barangan memerlukan solusi yang menyeluruh dan perlu dilakukan libat urus semua pemegang taruh sama ada pembekal, pemborong, mahupun peruncit bagi memastikan perkara itu dapat ditangani sebaik mungkin.
Beliau turut menegaskan, tindakan mengenakan sekatan harga maksimum jika tidak dilakukan dengan berhati-hati, dikhuatiri boleh menganiaya peniaga.