SELASA, 30 NOVEMBER – Anda Berada di China atau Malaysia. Demikian nada sinis diluahkan Pemerhati Politik, Prof. Dr Redhuan Tee Abdullah apabila pihak terbabit mempertikai kerajaan negeri Pahang menggunakan tulisan jawi di SJKC.
Katanya, langkah kerajaan Pahang meluluskan nama SJKC dalam tulisan Bahasa Melayu amat tepat bahkan sepatutnya kerana ini bukan negara China.
Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah sebagai Pemerhati Politik berkata :
“Masuk sahaja ke dalam SJKC penuh dengan kecinaan, segala notis, maklumat dan pengajaran semua dalam Bahasa Cina. Tidak bolehkah nama di luar ditulis dalam tulisan BM dan Jawi.”
Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah menyelar tindakan pihak terbabit yang membuat bising sewaktu papan tanda SJKC tiada tulisan Cina.
Ia selepas segelintir pihak kecoh papan tanda baru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Pahang tiada tulisan Cina.
Papan tanda itu dilaporkan mengandungi nama sekolah berkenaan dalam Bahasa Melayu dan tulisan Jawi, tetapi tidak dalam tulisan Cina.
Difahamkan, papan tanda sekolah yang baru dibuat selepas Dewan Undangan Negeri Pahang memutuskan agar semua agensi berkaitan kerajaan wajib menambah tulisan Jawi pada papan tandanya.
Ridhuan Tee menyifatkan langkah kerajaan Pahang meluluskan nama SJKC dalam tulisan Bahasa Melayu amat tepat bahkan sepatutnya kerana ini bukan negara China.
Sebelum ini, Riduan Tee ketika dihubungi berkata Langkah kerajaan Pahang amat tepat, meluluskan nama SJKC dalam tulisan Bahasa Melayu sahaja kerana itulah yang sepatutnya, kerana ini bukan negara China.
Tegasnya, negara ini mempunyai bahasa kebangsaan yang termaktub dalam Perlembagaan, justeru ia mesti didaulatkan.
-ismaweb.net