ISNIN, 29 NOVEMBER – Jabatan Kemajuan Malaysia (Jakim) bersama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan beberapa pensyarah, dalam usaha merangka satu konsep pengisian yang perlu diisi dalam konteks Keluarga Malaysia, Keluarga Sejahtera.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata, gagasan Keluarga Malaysia perlu disambut sebagai satu pendekatan dalam melestarikan dakwah dalam negara.
Selain itu, beliau juga berkata nilai Keluarga Malaysia merupakan komponen penting dalam mendukung Wawasan Kemakmuran 2030, justeru kerajaan dan NGO Islam perlu bersepadu untuk mengekalkan serta memperkasakan permuafakatan dan keharmonian di negara ini.
Beliau berkata demikian dalam pertemuan bersama pemimpin Majlis Amal Islami Malaysia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) semalam.
Sementara itu, Yang Dipertua YADIM Nasrudin Hassan berkata pertemuan itu bertujuan menyatukan seluruh pimpinan dan membincangkan serta mencari persepakatan dalam gerak kerja bersama ke arah penyelesaian isu-isu berkaitan dengan ummah.