ISNIN, 29 NOVEMBER – Dalam perkembangan lain politik negara, di Sabah, Ahli Parlimen Lahat Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi, pula membuat pengumuman selepas mengundur diri daripada Parti Warisan.
Beliau mengumumkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), atas faktor kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Memetik laporan Utusan, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama, menyatakan keyakinan terhadap kepimpinan Muhyiddin, selain perjuangan politiknya yang selari dengan Bersatu yang ingin memberi keutamaan kepada rakyat.
Datuk Mohamaddin Ketapi sebagi Ahli Parlimen Lahad Datu berkata :
“Tiga tahun lebih lagi untuk bertahan dalam pembangkang. Apa yang anda jangka jika saya bertahan di situ? Pembangkang tidak bawa apa-apa,”
Menurutnya, beliau tidak mampu membawa sebarang kemajuan kepada pengundi kawasannya jika terus menjadi wakil pembangkang.
Kelmarin, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin memaklumkan permohonan keahlian Mohamaddin diperakui dan diterima dalam Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.