Oleh Haffiz Aziz, Wartawan TV Pertiwi.
ISNIN, 29 NOVEMBER – Bagi anak-anak jati Sarawak dan Sabah yang merantau ke Semenanjung, kerinduan terhadap makanan tradisional bumi asal, pastinya sentiasa hadir di hati mereka.
Bukan sahaja makanan tetapi kraftangan dan barang buatan sana turut dijual. Wartawan Haffiz Aziz ada laporannya
Haffiz Aziz , Wartawan TV Pertiwi berkata :
“Pasar Borneo yang terletak di Perkarangan Tempat letak kereta Bangi Golf Resort ini, sudah pastinya membawa anda untuk merasai sendiri keunikan makanan dan tradisi masyarakat di Sabah dan Sarawak. Bagi pihak pengurusan Bangi Golf Resort, mereka sangat teruja dengan kunjungan dari pelbagai kaum dan agama yang datang sendiri ke sini.”
Ida Rahayu Abdul Azizis sebagai Pengurus Sumber Manusia Bangi Resort Hotel berkata :
“.…. okey first of all welcome to..…on top of that kita pun buka untuk komuniti sekitar bangi , untuk join kita punta syarikat bangi group of company…”
Pelbagai juadah tradisi borneo ditemui di sini, termasuklah makanan eksotik seperti Obor Obor, Ikan Buntal yang semestinya menjadi tumpuan di pasar ini.
Sayur sayur hutan yang tidak terdapat di sekitar Kuala Lumpur juga menjadi antara jualan yang akan habis awal disini.
Stephan Renggam sebagai Penduduk Sarawak berkata, “Selain sayur sayur, disini juga terdapat jualan seperti Kek Lapis Sarawak, barangan kraf dan makanan-makanan asli Sarawak. Tidak ketinggalan juga makanan makanan asli dari Negeri Sabah antara tarikan pengunjung.”
Zaiton Zaili sebagai Penduduk Sabah pula berkata:
“Tarikan utama makan asli dari Sabah sini adalah Kuis Lopez, Hinava, dan ambuyat. Seperti di Sabah dan Sarawak, makanan ini tidak jauh beza harganya dengan yang di jual di Semenanjung dan didapatkan daripada sekitar Lembah Klang.”
SILA TONTON DI SINI