ISNIN, 29 NOVEMBER – Spekulasi Pilihan Raya Umum ke 15, mungkin dipercepat terus kedengaran. Malah selepas kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri PRN Melaka baru-baru ini beberapa pemimpin UMNO juga sudah pun menyebut sedemikian.
Baru-baru ini Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan membuat kenyataan itu bagi mandat rakyat dikembalikan pada pilihan raya akan datang.
Memetik laporan Agenda Daily, menurut sumber, gerakan dalam UMNO sedang berjalan bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen pada Februari tahun depan bagi memberi laluan Pilihan Raya Umum PRU-15 diadakan.
Menurut laporan itu, alasan yang diberikan supaya PRU-15 disegerakan adalah bagi meneruskan momentum kejayaan Barisan Nasional dalam PRN Melaka. Sekiranya berlaku pertembungan 3 penjuru yang dilihat memberi kelebihan kepada mereka.
Menurut sumber lagi, gerakan untuk mendesak Ismail Sabri sudah dimulakan pemimpin akar umbi dalam UMNO, khususnya mereka yang berada dalam kem Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Apa pun gesaan, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataannya berpandangan mengadakan PRU-15 dalam masa terdekat adalah sangat tidak bertanggungjawab berikutan kemasukan pesakit ke hospital semakin meningkat selain kes COVID-19 yang membimbangkan.
Khairy Jamaluddin selaku Menteri Kesihatan berkata :
“dan pendirian kkm adalah tidak sesuai kita adakan pilihanraya umum dalam waktu terdekat. 2 perkara penting yang saya nak tegaskan pertama keadaan kes yang makin membimbangkan kemasukan hospital yang semakin meningkat dan ketiga kemunculan varian baharu ini saya rasa kalau diadakan PRU adalah sangat tidak bertanggungjawab.”