ISNIN, 29 NOVEMBER – Sebanyak 40 lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan pada 27 November, menjadikan jumlah keseluruhan korban di seluruh negara sebanyak 30,280.
Menurut data Github kementerian kesihatan, lapan atau 20 peratus daripada kes dicatat semalam merupakan kematian sebelum tiba ke hospital, BID.
Perak mencatatkan jumlah kematian tertinggi sebanyak 6 kes atau 15%. Ia diikuti Kelantan, Selangor dan Terengganu yang mencatat 5 kematian atau 12.5%.
Johor, Pahang dan Pulau Pinang melaporkan 3 kematian, sementara Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur melaporkan dua kes masing-masing.
Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Perlis melaporkan satu kematian masing-masing manakala Putrajaya dan Labuan tidak melaporkan sebarang kematian.
Sebanyak 5,097 kes baru dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan melebihi 2.6 juta. 67,252 kes aktif Covid-19 turut dicatat sementara 5,352 pesakit pulih daripada jangkitan.