ISNIN, 29 NOVEMBER – Berkuat kuasa satu disember depan – Harga produk berasaskan roti keluaran Gardenia akan dinaikkan untuk pengguna di Semenanjung Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Gardenia Bakeries (KL), Koh Chin Huat berkata, kenaikan itu disebabkan syarikat terjejas teruk oleh kenaikan kos akibat penularan wabak Covid-19.
Katanya dalam satu kenyataan pada Khamis Gardenia KL terjejas dengan cabaran ini dan telah berusaha sedaya upaya untuk menyerap kenaikan harga bahan mentah.
Dalam pada itu, menurut senarai semakan harga yang dilaporkan dihantar kepada peruncit, harga roti Classic Original Gardenia akan naik kepada RM2.80, roti Jumbo berharga RM4 manakala roti bajet Bonanza Big Value akan naik RM0.35 sen menjadi RM3.10.
Roti bijirin gandum penuh Gardenia pula akan dijual dengan kenaikan kepada RM3.60, manakala roti Bran dan Wheat Germ pula dijual dengan harga RM2.50 dan beberapa jenis produk gardenia lain.
Pada waktu awal pelaksanaan perintah kawalan pergerakan, PKP, roti gardenia antara bahan yang menjadi bahan usikan ketika warga Malaysia berdepan kekangan untuk keluar rumah.
Awal tahun 2020, pihak Gardenia sendiri menjelaskan semua kilang dalam negara sudah dikerahkan sepenuhnya sehingga jumlah pengeluaran maksimum ketika ada laporan kekurangan bekalan produk berkenaan.
Seperti dilaporkan media, tahun lalu Gardenia kemudian meningkatkan jumlah pengeluaran sebanyak 2.2 juta bungkus setiap hari, dengan kelima-lima kilangnya beroperasi selama 24 jam setiap hari.
Peningkatan ini disasarkan mampu memenuhi keperluan 60 peratus permintaan roti di Semenanjung Malaysia,