JUMAAT, 26 NOVEMBER – Rentetan Pilihan Raya Negeri PRN Melaka yang tidak memihak kepada Perikatan Nasional PN, gabungan parti itu kini dalam proses untuk mencari satu kaedah bagi mengelak pertembungan tiga penjuru pada pilihan raya akan datang.
Setiausaha PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berpendapat, perkara itu harus dilakukan bagi mengelak berlakunya perpecahan yang lebih besar pada masa hadapan.
“Keutamaan ketika ini adalah rakyat, justeru pasca nilai yang dilakukan PN adalah untuk mencari penyelesaian dengan spesifik dan saintifik untuk diketengahkan kepada pemimpin yang ada dalam negara.”
– Datuk Seri Hamzah Zainudin, Setiausaha Perikatan Nasional
Hamzah berkata, keutamaan ketika ini adalah rakyat, justeru pasca nilai yang dilakukan PN adalah untuk mencari penyelesaian dengan spesifik dan saintifik untuk diketengahkan kepada pemimpin yang ada dalam negara.
Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Industri Perkhidmatan Kawalan Keselamatan dan agensi persendirian di ibu negara hari ini.
Ditanya hasil perbincangan yang akan dibuat PN selepas kekalahan di PRN Melaka, Hamzah berkata, pihaknya telah menjalankan kerjasama dengan beberapa kumpulan dan badan-badan tertentu untuk menghasilkan data-data analisis yang lengkap pada PRN itu.
Pada PRN Melaka minggu lalu, PN hanya mengekalkan 2 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manalaka Pakatan Harapan (PH) kalah teruk dengan hanya mendapat 5 kerusi DUN.