JUMAAT, 26 NOVEMBER – Mohd Rafiq menerusi kenyataan hari ini memaklumkan surat rasmi peletakan jawatan akan diserahkan kepada Presiden Bersatu yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu.
Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen selaku Naib Presiden BERSATU berkata :
“Peletakan jawatan itu juga bagi membolehkan saya memberi tumpuan untuk memperkukuhkan kedudukan dan sokongan rakyat terhadap PN Parlimen Tangga Batu dan BERSATU Bahagian Tangga Batu,”
Beliau memaklumkan peletakan jawatan ini bagi memberi peluang kepada kepemimpinan baharu mengetuai BERSATU Melaka dan PN Melaka supaya mempunyai masa yang mencukupi bagi membuat segala persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Tambah beliau, ia juga bagi membolehkan beliau memberi tumpuan sepenuhnya terhadap tanggungjawab sebagai Naib Presiden BERSATU menjelang PRU-15.
Mohd Rafiq sebelum ini tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas dalam saingan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, yang melabuh tirai Sabtu lalu.
BERSATU juga gagal mempertahankan kerusi disandang mereka dalam PRU 2018 iaitu DUN Telok Mas dan Paya Rumput, namun berjaya menang di DUN Bemban dan Sungai Udang dalam PRN kali ini.