JUMAAT, 26 NOVEMBER – Parti DAP perlu sedar, mereka berpolitik di Malaysia yang mempunyai berbilang kaum dan bangsa Melayu yang merupakan tonggak di negara ini.
Mengulas lanjut, Presiden BERJASA, Haji Zamani Ibrahim berkata, DAP sepatutnya bertindak menghormati dan mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera di negara ini.
Haji Zamani Ibrahim selaku Presiden BERJASA berkata lagi, :
“DAP perlu sedar dia berpolitik di sebuah negara yang namanya Malaysia dan di sini terdiri daripada beberapa kaum Melayu Cina India dan kaum Melayu terbesar bangsa Melayu tertunggak di negara kita ini maka kita telah pun memberikan beberapa hak sebagai warganegara kepada mereka yang datang dari cina dan india sebagai warganegara mereka ada hak dan orang melayu bumiputera ada hak istimewa orang Melayu maka hak keistimewaan inilah perlu dijaga sepatutnya hak agama Islam sebagai agama persekutuan perlu dijaga bukan dia cuba menggoncangkan kembali benda yang sempurna ini maka semua parti DAP mesti mempertahankan menjunjung bersetuju dengan hak keistimewaan orang melayu di Tanah melayu asalnya yang sekarang ini adalah malaysia.
Tambah Haji Zamani, jika benar DAP mahu memperkasakan agenda Bumiputera sepatutnya mereka perlu menolak sekolah vernakular dan menyokong sekolah satu alliran serta hanya menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama.
“Dan kalau Nga kor Ming nak juga membawa mengubah tentang makna bumiputera itu nga kor ming mesti bersedia untuk toidak ada pendidikan vernakular di negara kita ini yang ada hanyalah sekolah kebangsaan sahaja dan bahasa yang digunakan tidak ada Bahasa India, Cina yang ada hanya Bahasa Melayu sahaja di negara kita ini jadi berjasa menasihat kepada nga kor meng bahawasanya berpolitiklah dengan sihat dengan matang bawalah agenda kemakmuran negara bukan bawa agenda menguru harakan negara apa yang telah ada kita sama-sama hormati ingat saya katakan politik yang matang.”