Menteri Hantar Kad Laporan 100 Hari Kepada PM

(Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob / sumber : FB JPM)
(Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob / sumber : FB JPM)

KHAMIS, 25 NOVEMBER – Semua Menteri Kabinet hari ini mengemukakan pencapaian kementerian selepas tempoh 100 hari sempena Aspirasi Keluarga Malaysia.

Sesi kad laporan itu diadakan di bangunan Parlimen dan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Zuki Ali.

Memetik hantaran Facebook Ismail Sabri, beliau amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua kerjasama yang diberikan.

Beliau berkata, setiap kementerian perlu konsisten dalam mengekalkan prestasi kerja kerana rakyat sentiasa menilai sasaran yang diletakkan Menteri sama ada berjaya dilaksanakan ataupun tidak.

27 Ogos lalu, Perdana Menteri menetapkan ketika pelantikan anggota kabinet agar setiap Menteri membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama perkhidmatan.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Keputusan Keabsahan Sekolah Vernakular 29 Disember

Next Post

PAS Beri Gambaran GPS Akan Dominasi PRN Sarawak

Related Posts