KHAMIS, 25 NOVEMBER – 74 kes kematian direkodkan di Terengganu disebabkan Covid-19 sejak dua minggu lepas.
Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Kasemani Embong, trend peningkatan itu agak membimbangkan dengan 8 kematian direkodkan pada 18 November, 9 kematian pada 15 November dan 17 November, manakala kematian tertinggi dilaporkan pada 20 November iaitu sebanyak 12 kes.
Datuk DR Kasemani Embong selaku Pengarah Kesihatan Negeri berkata :
“Peningkatan kes kematian ini berkemungkinan disebabkan oleh beberapa faktor seperti kelewatan mendapatkan rawatan, pesakit yang mempunyai faktor komorbid berganda, belum mendapatkan vaksinasi dan pesakit berumur lebih 50 tahun,”
Memetik laporan Bernama, Doktor Kasemani berkata individu yang menghidapi penyakit diabetes, penyakit jantung, obesiti dan tekanan darah tinggi mempunyai risiko mudah dijangkiti dan mendapat gejala serius.
Jumlah kumulatif kematian Covid-19 di Terengganu hingga Selasa ialah 558 kes, manakala jumlah kumulatif kes Covid-19 pula sebanyak 75,051.
Kematian tertinggi direkodkan di daerah Kuala Terengganu dengan 118 kes, diikuti Besut (105), Kemaman (92), Dungun (91), Marang (54), Kuala Nerus (52), Setiu (27) dan Hulu Terengganu (19) sejak bermula pandemik Covid-19.
Setakat ini, terdapat 4,297 kes aktif di seluruh Terengganu, justeru beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.