
(Pengurus Kanan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia ( FOMCA ), Baskaran Sithamparam)
KHAMIS, 25 NOVEMBER – Kenaikan harga sayur dianggap sangat melampau dan mungkin ada pihak yang cuba mengambil kesempatan.
Pengurus Kanan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia ( FOMCA ), Baskaran Sithamparam berkata, kenaikan harga sayur-sayuran menghimpit rakyat yang ketika ini baru sahaja mahu memulakan kehidupan baharu selepas kurantin.
Pengurus Kanan FOMCA berkata :
“…Sememangnya kenaikan harga sayuran ini akan menghimpit kehidupan masyarakat umumlah dulu ada orang kata kalau harga ikan naik makan ayam sekarang harga ayam dah naik dia suruh makan sayur sekarang harga sayur naik nak makan apa pulakan? jadi pasti dia akan menghimpi masyarakat khasnya golongan b40 dan m40…”
Dalam pada itu, beliau tidak menafikan ada pihak cuba mengambil kesempatan berhubung kenaikan harga barangan terutama sayur-sayuran.
Justeru, beliau menggesa pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk turun padang dan memantau isu ini.
“…Memang ada pihak yang menggunakan situasi untuk membuat spekulasi iaitu ada orang tengah antara penjual menggunakan kesempatan ini untuk mencari kesempatan dalam kesempitan orang lain jadi untuk ni pihak KPDNHEP harus turun padang dan memantau semua kegiatan jual beli ni di pasaran supaya harga barangan ini tidak melonjak naik mendadaklah…”

(FOMCA, Foto hiasan / sumber : TV Pertiwi)
Bakaran turun mengharapkan para pengguna membuat aduan dan laporan menerusi e-aduan KPDHEP atau terus kepada pihaknya melalui emel berikut.