KHAMIS, 25 NOVEMBER – Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan mengumumkan senarai nama setiap calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 pada Sabtu, 4 Disember depan.
Pengerusinya, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata GPS telah bersedia sepenuhnya untuk berdepan dengan PRN yang akan berlangsung pada 18 Disember 2021 sesuai dengan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Jelas Abang Jo, GPS sememangnya sudah bersedia dan sudah menjangkakan bahawa pilihan raya akan diadakan sebelum sambutan perayaan Krismas.
Di pihak GPS sendiri mereka hanya mengikut apa yang telah ditetapkan oleh pihak SPR dan semuanya telah kita sediakan.
Ditanya bila beliau akan mengumumkan calon GPS yang akan bertanding di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Miri, Sibuti dan Baram, Abang Jo memberitahu untuk tunggu pengumuman dari pihak GPS.
Malam ini Penyandang ADUN Satok itu akan mengadakan Majlis Makan Malam Pemimpin Bersama Rakyat di Hotel Pullman, Kuching
Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Disember sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.
Pengerusinya Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon pula ditetapkan pada 6 Disember manakala hari pengundian awal ialah pada 14 Disember.
Tempoh berkempen ditetapkan selama 12 hari sehingga jam 11.59 malam 17 Disember.