KHAMIS, 25 NOVEMBER – Seramai 2,607, 392 atau 82.8 peratus daripada populasi remaja negara ini lengkap menerima vaksin COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Menerusi laman COVIDNOW, data kementerian kesihatan menunjukan sebanyak 2,762, 739 individu atau 87.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya dos pertama.
Semalam sebanyak 138,752 dos vaksin diberikan melibatkan 5,067 dos pertama, 8,428 dos lengkap dan 125,257 dos penggalak.
Bagi populasi dewasa menunjukan seramai 22, 442 ribu, 346 individu atau 95.9 peratus lengkap divaksinasi manakala, 22, 944,240 atau 98 peratus individu dewasa telah menerima satu dos vaksin.
Data ini penunjukan perkembangan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan PICK meningkat kepada 52, 391, 444 dos vaksin diberikan.